Ish..ish…
Sekejap je masa berlalu..Tua setahun lagi aku nampaknya..Alhamdulillah sebab sempat merasa tua setahun. Tahun depan umur aku sepatutnya 86 tapi kat Fresnter nih dari 4 tahun yg lalu asyik 85 jek..ntah pape ntah..
Kali ini aku nak buat imbasan peristiwa penting yang berlaku sepanjang 2008 secara global dan glokal.cewwahh..poyo pulak anak Pakcik Zainuddin nih..
Secara peribadinya, 2008 ni tidak begitu memberansangkan kecuali penerimaan bonus tu yg menceriakan hidup aku. Maka boleh la aku naik MAS lagi utk hujung tahun (Jumaat ni) hehehe..teringin jugak nak beli emas,mcm cincin ke,ear ring ke,bangle ke….rantai leher…gelang kaki…tiara…gigi emas…just to name a few..sebagai penghargaan kepada diri sendiri dan juga pelaburan yang sihat heheh..Tapi,bila lah ada kesempatan nak beli nih..OK,fokus aku sekarang nak beli ear ring yang comel hihi..
Ermm..2008 ni aku banyak belajar perkara kehidupan. I learned the hard way..
Banyak benda buat aku “gembira” sangat sampai boleh kumpul airmata aku tujuh baldi selama tujuh hari berturut-turut.ewahh..lebih-lebih pulak aku ni.
Aku malas nak tulis apa benda sebab aku dah tak simpan dalam hati. Aku kan baik,cuba untuk melupakan dan memaafkan..haa..untung tau sape kawan dengan aku.Korang tak yah la cari aku kat akhirat nanti sebab aku dah maafkan semua orang walaupun yg tgh baca blog ni tak kenal aku hehehe..
Kesimpulannya, apa pun yg kita buat lepas tu berserahlah pada Allah. Walau dalam emosi atau apa jua keadaan, masa tu tengah gembira gila tahap gaban, sedih sangat sampai rasa tiada ruang untuk kau kat dunia ni atau emosi terganggu sentiasalah kembali pada Allah. Janganlah mengharap pada manusia.InsyaAllah,ketenangan pasti milikmu.Cewwaahh…Manusia boleh berubah.Manusia ada satu lidah tapi bercabang.Semalam boleh cakap lain,hari ni cakap lain.Contoh; semalam kata suka pengat labu, esok dia kata benci pengat labu tapi suka pengat pisang lak.Miang betul!
Semua yg berlaku mesti ada hikmah kan..
Apapun,walau aku dah melupakan tapi parut itu masih ada dan pasti kadang kala terasa lagi sakitnya.Cis..nampaknya aku masih belum boleh lupa hahaha..Tapi,jangan risau kawan-kawan,aku sedang berusaha.heehee..
Aku mengalu-alukan kedatangan 2009 kali ni. Aku harap aku dan family aku dan semua kengkawan akan sentiasa hepi,hati gembira,hidup aman damai tanpa gangguan makhluk perosak,bekerja dengan bahagia,berjumpa dengan orang-orang yang bukan sengal,dijauhkan dari manusia spesis mangkuk,menjadi manusia yg lebih baik dan berguna.
Secara globalnya,dunia akan menjadi lebih aman. Israel diharapkan dapat menerima kutukan yang maha hebat dan dilenyapkan dari muka bumi ni. Ekonomi berjalan lebih rancak serta berkurangnya kesesakan lalulintas di jalanraya heheh..Huhu~
Diharapkan, 2009 membawa sinar bahagia kepada semua orang..
I LOVE YOU! :p